wrapper

Berita Terkini

الأحد 27 ذو القعدة 1438   |   Sunday August 20 2017

SERI KEMBANGAN - Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) amat kecewa dan mengecam tindakan syarikat Malindo Air yang telah menjalankan proses temu duga dengan cara yang melampaui batas kesopanan, mengekploitasi wanita serta boleh dianggap sebagai penindasan dan gangguan seksual terhadap golongan wanita.

“Tambah mengecewakan apabila pihak Malindo Air dalam kenyataan balasnya mempertahankan prosedur temu duga mereka yang bertentangan dengan nilai-nilai murni dalam masyarakat bermaruah, sebagai sesuatu yang biasa (normal),” kata Ketua Wanita IKRAM, Datin Paduka Hjh Che Asmah Ibrahim.

Sebelumnya, diketahui melalui pendedahan laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris berhubung aduan seorang calon pramugari yang dikatakan melalui prosedur temu duga Malindo Air yang mengaibkan dirinya telah mengejutkan masyarakat khususnya kaum wanita di negara ini.

“Tindakan syarikat penerbangan ini menunjukkan betapa maruah seorang wanita itu dengan mudah dijadikan sebagai bahan dagangan oleh pihak syarikat untuk mengaut keuntungan.”

Sehubungan dengan itu, Wanita IKRAM menggesa supaya semua syarikat penerbangan yang beroperasi di Malaysia menyemak semula etika berpakaian petugas khususnya pramugari yang secara langsung terkait dengan prosedur temu duga yang dijalankan seperti di Malindo Air.

“Syarikat penerbangan perlu berusaha meningkatkan nilai tambah kualiti perkhidmatan yang diberikan seperti kualiti makanan yang disediakan serta kemudahan-kemudahan lain yang sewajarnya untuk keselesaan pelanggan semasa penerbangan, bukan dengan mempamerkan wanita-wanita cantik berpakaian seksi seterusnya menghadkan keselesaan pergerakan mereka dalam menjalankan tugas dengan baik,” tegas Che Asmah.

Dalam pada itu, pihak kerajaan wajar melihat kepada keperluan memastikan polisi dan prosedur temu duga penjawatan khususnya yang melibatkan kaum wanita oleh pihak majikan, iaitu dijalankan dengan lebih sejahtera serta menghormati hak-hak mereka sebagai insan, tidak mengandungi unsur-unsur menindas, mengekspoitasi atau membuli.

“Kaum wanita juga perlu terus meningkatkan ilmu pengetahuan, mengambil tahu akan hak-hak mereka dalam menjaga maruah diri kerana mereka juga seharusnya berani tampil untuk membuat aduan ke atas mana-mana pihak yang didapati menjurus ke arah mengeksplotasi wanita ataupun melakukan gangguan seksual.”

Beliau berkata, peranan seseorang pramugari atau pramugara dalam sesebuah syarikat penerbangan adalah untuk memastikan penumpang selesa sepanjang perjalanan dengan menyediakan keperluan-kepeluan yang munasabah.

“Segala layanan yang diberikan hendaklah dalam batas kesopanan dan bukan melalui cara mengekspoitasi susuk badan wanita dengan menghendaki mereka berpakaian yang tidak sopan dan menjolok mata semasa menjalankan tugas mereka,” tegasnya lagi.

Justeru, Wanita IKRAM menyeru semua pihak agar menghormati dan memartabatkan kaum wanita di negara ini dengan memelihara maruah diri mereka dalam usaha merealisasikan Malaysia sebagai Negara Rahmah.

Last modified on Monday, 10 April 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

Our website is protected by DMC Firewall!