wrapper

Berita Terkini

الإثنين 22 ربيع الأوّل 1439   |   Monday December 11 2017

SERI KEMBANGAN - Humanitarian Care Malaysia Berhad (MyCARE) telah menerima status perundingan khas daripada Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Dengan pengesahan status ini pada 7 Ogos lalu, MyCARE akan lebih ke hadapan dalam memperjuangkan isu-isu kemanusiaan supaya lebih didengari di pentas antarabangsa.

"Antara kelebihan lain adalah MyCARE boleh mengetengahkan analisa dari pakar mengenai isu yang timbul, membantu dan memantau pelaksanaan perjanjian antarabangsa, boleh bertindak sebagai agen amaran awal sekiranya berlaku bencana dan banyak lagi," lapor MyCARE.

Majlis Ekonomi dan Sosial (ECOSOC) merupakan komponen terpenting dalam kerja-kerja yang berkait rapat dengan ekonomi dan sosial, isu yang berkaitan dengan 14 agensi khusus PBB.

Agensi-agensi tersebut antaranya UNESCO, World Health Organization (WHO), International Monetary Fund (IMF), UNHCR, suruhanjaya yang berfungsi (Commission for Social Development, Status of Women) serta lima suruhanjaya serantau (ECE, ECA, ECLAC, ESCAP, ESCWA).

Menurut MyCARE, ECOSOC berfungsi sebagai forum untuk membincangkan isu-isu ekonomi dan sosial antarabangsa dan untuk merumuskan cadangan dasar yang akan dibentangkan kepada negara-negara anggota PBB.

Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Badan Bukan Kerajaan ke-20 pada Mei lalu di New York, jawatankuasa itu telah mengesyorkan MyCARE untuk menerima status perundingan khas daripada ECOSOC.

Dengan pengiktirafan ini, MyCARE mengucapkan jutaan terima kasih dan sangat menghargai kepercayaan para penyumbang untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan di pelbagai negara.

'Sejak 2010 sehingga Mei 2017, MyCARE telah menyalurkan lebih RM90 juta kepada mereka yang memerlukan di 21 buah negara."

Last modified on Thursday, 10 August 2017

Leave a comment

Iklan Penaja

  

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang didaftarkan pada 22 Oktober 2009 adalah pertubuhan dakwah, tarbiah dan kebajikan yang prihatin terhadap urusan-urusan kehidupan masyarakat umum sejajar dengan ajaran dan cara hidup Islam. IKRAM berusaha untuk menegakkan syariat Islam di Malaysia sebagai rahmat kepada seluruh alam. .

 

Facebook

TV IKRAM

tv ikram

Hubungi Kami

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)

No. 6, Jalan Dagang SB 4/1, Taman Sungai Besi Indah
43300 Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan, MALAYSIA

Tel: +603-8945 6999, +603-8945 3666
Fax : +603-8945 1772

E-mel

Umum: info@ikram.org.my
Pentadbiran: pentadbiran@ikram.org.my
Keahlian: keahlian@ikram.org.my
Kewangan: kewangan@ikram.org.my

DMC Firewall is developed by Dean Marshall Consultancy Ltd